Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Rabies: Remaja 16 tahun maut

  • Published in Berita Semasa


KUCHING, 21 November- 
Seorang remaja berusia 16 tahun meninggal dunia akibat dijangkiti wabak rabies di Sarawak, 11 November lepas.

Kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyebut, kes rabies terbaharu itu menjadikan angka kes penyakit itu yang menjangkiti manusia di Bumi Kenyalang, meningkat kepada enam bagi tahun ini dan kes ke-28 sejak wabak rabies diisytiharkan di Sarawak pada 31 Julai 2017.

Individu berkenaan dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 10 November selepas demam selama tiga hari, lemah pada bahagian anggota bawah badan dan menunjukkan tingkah laku agresif, selain turut mengalami aerofobia dan hidrofobia.

Siasatan mendapati tiada sebarang sejarah gigitan anjing atau haiwan lain berlaku dalam kes ini.

Kes hanya mempunyai kesan cakaran yang telah sembuh di kaki kanan, tetapi ahli keluarganya tidak dapat memberi perincian mengenainya.

Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak akan terus memantau situasi rabies di Sarawak, dan berkongsi maklumat terkini berkaitannya dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sarawak dan DVS Malaysia, bagi memastikan tindakan pencegahan dan kawalan rabies dilaksanakan dengan segera dan komprehesif.