Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

COVID-19: 3,030 bayi, kanak-kanak bawah 12 tahun di sabah positif

  • Published in Berita Semasa


KOTA KINABALU, 21 November- 
3,030 bayi dan kanak-kanak bawah 12 tahun di Sabah dilaporkan telah dijangkiti COVID-19, sehingga semalam.

Daripada angka itu, kanak-kanak berumur kurang lima tahun mencatatkan bilangan paling ramai dijangkiti iaitu 1,241 orang, dan bayi berumur bawah setahun, 191 orang.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah itu melibatkan 12.15 peratus daripada keseluruhan jangkitan COVID-19 di Sabah yang kini mencecah 25,441 kes.

Bercakap dalam sidang media di Kota Kinabalu, beliau memaklumkan setakat semalam, sebanyak 4,496 sampel masih belum diproses.

64 peratus daripada sampel itu akan diurus di Sabah, manakala selebihnya dihantar ke makmal di Semenanjung.

Ia melibatkan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Sungai Buloh, Institut Penyelidikan Perubatan, Kuala Lumpur dan beberapa makmal swasta.