Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

Pemandu treler dan kelindan nyaris maut

  • Published in Berita Semasa


DUNGUN, 21 November- 
Seorang pemandu treler dan kelindannya, nyaris maut selepas terbabit dalam kemalangan di Kemaman, Terengganu.

Kemalangan berlaku kira-kira 3.30 pagi tadi, di kilometer 159 jalan Jerangau–Jabor berhampiran berhampiran Bandar Ceneh Baru, Kemaman.

Mangsa, Mohd Badrulhisham Zulkifli berusia 30 tahun bersama kelindannya Mohd Shafiq Aizat Zulkifli, 22 tahun sedang tidur di bahagian tempat duduk belakang di dalam treler berkenaan yang diparkir di bahu jalan.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori membawa muatan kayu balak yang sedang dalam perjalanan dari arah Jabor menuju ke Jerangau telah mengalami patah besi penghadang muatan kayu balak sejurus tiba di lokasi kejadian.

Kedua-dua mangsa cedera ringan, dihantar ke Hospital Kemaman, untuk rawatan lanjut.

Sementara pemandu dan kelindan lori balak, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan, mengesahkan mengenai kemalangan dan kes disiasat di bawah Peraturan 19, LN166/59.