Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

COVID-19: Lima kluster baharu dikesan hari ini

  • Published in Berita Semasa


PUTRAJAYA, 17 November- 
Sebanyak lima kluster diisytihar tamat hari ini, iaitu Kluster Bangau-Bangau, Kluster Tasik, Kluster Olive, Kluster Buang Sayang dan Kluster Kau Sing.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan telah mengesan lima kluster baharu.

Ia melibatkan dua di Sabah dan masing-masing satu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Kelantan.

Kluster pertama dinamakan Kluster Avenue dilaporkan di daerah Penampang, Sabah dengan 110 kes positif dikesan hasil saringan 246 individu.

Kluster Kejora pula dikesan di Kota Kinabalu dengan sembilan kes positif dikesan setakat ini.

Sementara itu, Kluster Kasah dikesan di Kuala Lumpur dengan 19 kes positif membabitkan pekerja-pekerja syarikat keselamatan bukan warganegara.

Di Pulau Pinang, 11 kes positif baharu dikesan melibatkan Kluster Summer hasil saringan 53 individu.

Kluster terakhir, Kluster Mengketil dilaporkan di daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di Kelantan, serta daerah Besut di Terengganu.

24 individu didapati positif setakat ini.