Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

MKT UMNO bermesyuarat bincang sokongan terhadap PM dan kerajaan PN

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 26 Oktober - Kepimpinan Barisan Nasional (BN) mengadakan pertemuan petang tadi bagi membincangkan langkah seterusnya yang harus diambil oleh parti itu susulan titah Yang di-Pertuan Agong bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.

Mesyuarat antaranya membincangkan tentang sokongan parti terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kedudukan UMNO dalam sokongan terhadap PN, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara tersebut perlu menunggu keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

UMNO dijadual mengadakan mesyuarat MKT malam ini.

Datuk Seri Hishammuddin yang juga Bendahari Agung BN memberi penjelasan tersebut kepada media selepas menghadiri pertemuan khas BN di PWTC, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan tuntutan beberapa pihak yang meminta Perdana Menteri meletakkan jawatan tidak menjamin kemelut politik negara berakhir.

Malah, Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berpendapat ia akan menyebabkan situasi semasa lebih bercelaru.