Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

KP Kesihatan gesa petugas barisan hadapan bertindak secara proaktif

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 25 Oktober - Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Seri Dr Noor Hisham Abdullah mengajak semua petugas barisan hadapan dan di sebalik tabir untuk bersama-sama mengekalkan usaha dalam memerangi penularan COVID-19 di negara ini, khususnya di Sabah.

Petugas barisan hadapan perlu mencegah penularan secara proaktif selain mengambil tindakan kesihatan awam di lapangan serta merawat pesakit di hospital serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Menerusi laman media Facebook rasmi Dr Noor Hisham, beliau menasihati petugas barisan hadapan agar tabah dan bersabar dengan tugas yang diamanahkan kerana negara kini bergantung kepada mereka.

Dr Noor Hisham turut memuat naik sepotong ayat suci al-Quran daripada surah Al-Insyirah yang bermaksud ‘Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan’