Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

Kadar pematuhan SOP di Sabah catat peratusan tertinggi

  • Published in Berita Semasa

SABAH, 25 Oktober - Sabah mencatat 96.13% kadar pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sebanyak 60 Sekatan Jalan Raya (SJR) di empat lokasi melibatkan 32,566 pemeriksaan Kenderaan.

Menurut Datuk Masidi, sebanyak 291 kenderaan diarah berpatah balik dan tiada kompaun dikeluarkan.

Datuk Masidi berkata demikian dalam Sidang Media Perkembangan Semasa COVID-19 Negeri Sabah di Wisma Innoprise, Kota Kinabalu yang disiarkan menerusi akaun Youtube Sabah Government Official.

Beliau juga berkata, Jabatan Penerangan Sabah kini sedang giat melaksana kempen kesedaran menerusi Info On Wheels menggunakan kenderaan menyampaikan maklumat kepada orang ramai mengenai pandemik itu di 22 lokasi di empat daerah di Sabah.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah terus giat melaksanakan sanitasi awam di enam buah daerah termasuk Kota Kinabalu, Papar, Kota Marudu, Semporna dan Sandakan.