Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

PENGGERAK Kedah gesa kerajaan pertimbang pelanjutan tempoh moratorium pinjaman secara automatik

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 24 Oktober - Perkembangan semasa peningkatan COVID-19 ketika ini mendesak Pertubuhan Melayu Nusantara (PENGGERAK) Kedah menggesa kerajaan mempertimbang semula kewajaran melanjutkan tempoh moratorium pinjaman secara automatik.

Pengerusi Pertubuhan Melayu Nusantara (PENGGERAK) Kedah, Dr Kamarul Azman Khamis berkata pihaknya menerima banyak rungutan khususnya kepada kakitangan awam dan swasta yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19.

Dalam masa sama, Dr Kamarul Azman mencadangkan satu dana khas ditubuh bagi membantu golongan belia dan mahasiswa memulakan perniagaan berikutan kesukaran mendapatkan modal permulaan.