Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

PRU DUN Sarawak ke-12 tertakhluk nasihat KKM, SPR

  • Published in Berita Semasa

KUCHING, 23 Oktober - Keputusan berhubung Pilihan Raya Umum DUN Sarawak ke-12 tertakluk kepada nasihat Kementerian Kesihatan dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ekoran situasi COVID-19 yang melanda ketika ini, kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak menjadi keutamaan.

Jelasnya pilihan raya perlu diadakan sama ada dalam tahun ini atau tahun hadapan apabila tempoh DUN sedia ada tamat tempoh pada April tahun depan.