Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

RTM diharap terus bawa misi penyalur maklumat rakyat - Datuk Ruzain Idris

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 22 Oktober - Bekas Pengarah Pembangunan Negeri Selangor, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ruzain Idris dilantik sebagai Ketua Pengarah Penyiaran baharu.

Beliau yang ditemui media selepas melapor diri di Angkasapuri berharap, RTM terus maju membawa misinya sebagai penyalur maklumat rakyat.

Berkelulusan Sarjana Pengajian Perniagaan Antarabangsa dari Universiti Birmingham, Datuk Ruzain mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal pengurusan.

Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sejak 1988, pernah menjawat beberapa jawatan termasuk Setiausaha Bahagian dan Pengarah.

Antaranya Kementerian Penerangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Perkhidmatan Awam.