Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

3 kes baharu COVID-19 di Melaka babitkan pekerja kilang

  • Published in Berita Semasa

AYER KEROH, 22 Oktober - Tiga kes baharu positif COVID-19 yang direkodkan di Melaka semalam membabitkan pekerja kilang di negeri itu.

Exco Datuk Rahmad Mariman berkata, mereka diuji positif selepas menjalani saringan kesihatan di tempat kerja dan dikategorikan sebagai kes jangkitan dalam kalangan komuniti.

Rahmad berkata, tiga individu terbabit berusia antara 24 hingga 27 tahun adalah rakan sekerja di sebuah kilang di daerah Melaka Tengah.

Difahamkan, mereka baru pulang dari kawasan zon merah iaitu Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi RTM.

Jelasnya, saringan kesihatan terhadap kontak rapat telah dikenal pasti dan proses sanitasi telah dilakukan di kilang berkenaan.

Pertambahan tiga kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes aktif COVID-19 yang dirawat di Hospital Melaka adalah seramai 33 orang.