Saturday, 28 November 2020

updated 9:00 AM UTC, Nov 28, 2020

600 kit makanan asas diagih kepada penduduk Kampung Saguking

  • Published in Berita Semasa

LABUAN, 22 Oktober - Lebih 600 kit makanan asas diagih kepada penduduk Kampung Saguking yang masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Barang keperluan tersebut disediakan Perbadanan Labuan dan agihan diselaraskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan.

Tinjauan kru RTM Labuan semasa pengagihan dibuat mendapati penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan memakai pelitup separuh muka dan mengamalkan penjarakan fizikal.

Aspek keselamatan proses agihan turut dipantau pasukan polis bersama Angkatan Pertahanan Awam Labuan.

Lebih 1,000 buah rumah di perkampungan atas air, membabitkan 8,062 penduduk menjalani kuarantin selama 14 hari dengan rekod terkini positif COVID-19 sebanyak 41 kes.

Pergerakan keluar masuk juga tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPD bermula semalam sehingga 3 November 2020.

Selain kluster Saguking, terdapat 4 kluster lain di Labuan iaitu kluster Bah Bangat, Bah Bundle, Bah Layangan dan kluster Bina.