Saturday, 28 November 2020

updated 8:37 AM UTC, Nov 28, 2020

SK Tunku Petra, Baling ditutup 7 hari mulai hari ini

  • Published in Berita Semasa

BALING, 22 Oktober - Sekolah Kebangsaan Tunku Putera, Jalan Pegawai, Baling menjadi sekolah terbaru yang ditutup di Daerah Baling, Kedah akibat COVID-19.

Sekolah berkenaan, kata Exco Agama, Pendidikan dan Sumber Manusia Negeri, Datuk Najmi Ahmad, ditutup tujuh hari bermula hari ini.

Penutupan dibuat selepas sekolah berkenaan disahkan mempunyai kes jangkitan COVID-19 melibatkan pelajarnya.

Dengan penutupan itu, pihak sekolah perlu memastikan guru-guru bekerja dari rumah dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di rumah berdasarkan kesesuaian serta keupayaan akses komunikasi kepada pelajar sepanjang tempoh penutupan.

Dua hari lepas, Sekolah Menengah Kebangsaan Baling turut ditutup tujuh hari sehingga 27 Oktober ini selepas tenaga pengajarnya disahkan positif COVID-19.