Logo

Masyarakat lebih gemar berita sensasi, meskipun tidak sahih

KUALA LUMPUR, 18 Oktober - Sikap masyarakat yang lebih gemar kepada berita sensasi tanpa mengkaji kesahihannya antara penyebab berita palsu disebarkan dengan berleluasa.

Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek menegaskan, musim politik dianggap masa paling banyak sesuatu isu disensasikan walaupun tidak betul berbanding isu lain.

Untuk itu, laman sesawang https://sebenarnya.my/ diwujudkan bagi rakyat negara ini menyemak fakta sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya termasuklah situasi semasa pandemik COVID-19.

Dr Fadhlullah turut memaklumkan, sekiranya terdapat maklumat tidak tepat berkaitan polisi kerajaan tersebar, https://sebenarnya.my/ akan menyiarkan kenyataan yang telah diperbetulkan dalam tempoh kurang daripada 24 jam.

Sehingga 16 Oktober, 273 kertas siasatan telah dibuka oleh PDRM dan SKMM berhubung berita berita palsu berkaitan COVID-19.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.