Logo

Polis Labuan tingkatkan kawalan pergerakan penduduk

LABUAN, 18 Oktober - Polis mengadakan sekatan jalan raya di dua lokasi iaitu di Jalan Tun Mustapha dan Jalan Patau-Patau.

Ketua Polis Labuan, Superintenden Muhamad Farid Ahmad berkata, ia bertujuan mengawal pergerakan tidak penting selain memastikan pematuhan SOP mencegah COVID-19.

Pasukan pemantau PDRM turut digerakkan ke seluruh negeri.

Penduduk yang keluar bekerja perlu menunjukkan surat kebenaran daripada majikan, manakala untuk membeli barangan, dihadkan dua orang daripada setiap keluarga.

Hampir 50 anggota keselamatan membabitkan PDRM, ATM dan RELA terlibat mengawal sekatan 24 jam sepanjang tempoh PKPB sehingga 30 Oktober ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.