Saturday, 24 October 2020

updated 9:17 AM UTC, Oct 24, 2020

Rakaman percakapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan secara profesional

  • Published in Berita Semasa


KUALA LUMPUR, 17 Oktober- 
Rakaman percakapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijalankan secara profesional tanpa menerima sebarang tekanan politik atau arahan daripada mana-mana pihak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan mengesahkan, rakaman percakapan diambil di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, semalam.

Katanya, polis telah menerima sebanyak 113 laporan termasuk aduan daripada ahli politik yang menafikan memberi sokongan terhadap Datuk Seri Anwar.

Selain penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen yang didakwa menyokongnya, siasatan turut melibatkan kenyataan kerajaan semasa telah jatuh, kes liwat, video ucapan mengatakan kedai judi beroperasi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dan sidang media penyerahan dokumen sahih kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.

Siasatan diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.