Logo

PKPD Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau dilanjutkan


TAWAU, 27 September-
Menteri kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri, turut memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula semalam sehingga 9 Oktober depan.

Ia mengambil kira risiko terhadap penularan wabak COVID-19.

Sebelum ini pelaksanaan PKPD di kawasan berkenaan bermula 11 September dan berakhir 25 September.

Dalam tempoh tersebut, kes baharu sebanyak dua angka sehari dicatatkan.

Pada 23 September sahaja sebanyak 107 kes baharu direkodkan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.