Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

Malam Gala P.Ramlee dan Saloma sempena penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Jasin

  • Published in Berita Semasa

JASIN, 27 September - Kira-kira 500 warga Jasin datang memeriahkan pertandingan Malam Gala P.Ramlee dan Saloma anjuran JAPERUN Bemban bersempena dengan penutup Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Daripada 43 penyertaan, 12 peserta berjaya ke peringkat akhir.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai, Datuk Hassan Rahman berkata, pertandingan berunsur kesenian akan diusul untuk dijadikan acara tahunan sebagai usaha memartabat seni dan warisan negara.

Beliau ditemui selepas pertandingan malam gala berkenaan di Jasin.