Tuesday, 27 October 2020

updated 9:22 AM UTC, Oct 27, 2020

YDP Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Wan Chik Daud

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 27 September - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga pembaca berita popular RTM dan pelakon Wan Chik Daud yang telah kembali ke Rahmatullah, semalam.

Menerusi Facebook Istana Negara, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarhamah dan berharap agar seluruh keluarga Allahyarhamah sabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu ini.

Khidmat bakti dan jasa Allahyarhamah, khususnya kepada dunia penyiaran negara amatlah dihargai.

Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.

Allahyarhamah pernah berlakon bersama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menerusi filem Do Re Mi ketika zaman kegemilangan Studio Merdeka di Kuala Lumpur.

Selepas itu, Allahyarhamah meneruskan kerjaya bersama RTM sehingga bersara.