Logo

Mutasi D614G didapati dalam lima kluster dalam negara

PUTRAJAYA, 25 September - Mutasi jenis D614G kini dikesan pada virus COVID-19 daripada Kluster Benteng LD di Sabah dan Kluster Sungai di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia merupakan keputusan terkini makmal Institut Penyelidikan Perubatan IMR.

D614G virus COVID-19 didapati 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu 'super spreader'.

Beliau dalam catatan terbaharu di Facebook memaklumkan, IMR menjalankan ujian penjujukan genom terhadap 32 virus COVID-19 yang dikesan hasil ujian pengasingan dan kultur virus bagi lima kluster.

Kluster terlibat adalah Kluster Benteng LD, Kluster PUI Sivagangga, Kluster Tawar, Kluster Sungai dan Kluster Bukit Tiram.

Tan Sri Dr Hisham menjelaskan, seperti disyaki terdapat mutasi jenis D614G yang dikesan kepada kesemua 32 virus Covid 19.

23 virus COVID-19 dari Kluster Benteng LD yang diuji didapati saling menyerupai namun tidak terkait dengan virus COVID-19 yang dijumpai di Kedah, meskipun kesemuanya mempunyai mutasi D614G.

Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, ujian tersebut adalah ujian awal dan terdapat beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji lanjut kebarangkalian dan semakan dengan kumpulan keluarga virus COVID-19.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.