Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

133 pusat internet komuniti di Sabah sedia dimanfaat

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 22 September - Sebanyak 133 Pusat Internet Komuniti (PIK) di Sabah telah disediakan untuk memberi bimbingan digital kepada rakyat di negeri itu.

PIK tersebut akan menjadi platform untuk memperkasakan aktiviti ekonomi rakyat selain menambah sumber pendapatan selain memperluas jaringan produk mereka ke seluruh dunia.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dalam kenyataan medianya memaklumkan, pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) memberi keutamaan kepada projek membangunkan infrastruktur komunikasi di Sabah dari 2020 sehingga 2022 dengan peruntukan sebanyak RM2.45 bilion.

MCMC akan terus memperhebat usaha meningkatkan kesalinghubungan di seluruh negara termasuk memantapkan fungsi PIK agar rakyat berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar berkualiti seterusnya memperbaiki taraf sosioekonomi mereka.

Untuk PIK, proses transformasi, penambahbaikan perkhidmatan dan pertambahan kandungan atau kursus, pengoptimuman penggunaan serta bantuan dalam aspek pembungkusan dan pemasaran produk kepada golongan usahawan akan dilaksanakan tidak lama lagi.