Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Pil yaba bernilai RM3.2 juta dirampas

  • Published in Berita Semasa

TUMPAT, 21 September - Sindiket pengedaran dadah di Kelantan tumpas apabila dadah jenis yaba bernilai RM3.2 juta berjaya dirampas.

Rampasan dibuat dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Chabang Empat Tumpat.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, dalam serbuan itu, seorang tukang cat turut ditahan.

Suspek yang tinggal bersama ibunya, cuba melarikan diri dengan terjun melalui tingkap, namun tindakannya gagal.

Sebanyak 229 biji pil yaba ditemukan di atas lantai sebuah bilik dalam rumah terbabit.

Hasil soal siasat, 318,000 biji dadah lagi ditemukan.

Beliau ditemui pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.

Dadah tersebut dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran dalam negeri dan Terengganu.

Suspek diuji positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama seminggu bermula 19 September.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.