Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Bantuan komputer riba kepada pelajar IPTA

  • Published in Berita Semasa

SUBANG JAYA, 21 September - Kerajaan menerima baik cadangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendapatkan bantuan alumni yang berkemampuan untuk menyumbang bantuan komputer riba percuma kepada pelajar memerlukan.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, selain rancangan dan pelan kerajaan sedia ada, sokongan swasta terutama alumni amat diperlukan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Se-Malaysia, di Subang Jaya, Selangor.

Sementara itu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia bercadang menyediakan internet dan wifi percuma di semua kampus dan cawangan institusi pengajian tinggi awam di negara ini.