Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Bomba cari petunjuk baharu jejak kehilangan Acap

  • Published in Berita Semasa

GOPENG, 21 September - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) akan cuba mencari petunjuk baharu mengenai kehilangan peserta larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19), Mohammad Ashraf Hassan atau Acap pada 23 Mac tahun lalu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Mohamad Yunus Abu berkata, perkara tersebut akan dijalankan selari dengan Latihan Pengoperasian Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (STORM) 2020 Peringkat Zon Utara Khas di Gua Tempurung.

Seramai 150 anggota STORM dari Perak, Pulau Pinang, Perlis dan Selangor akan terlibat dalam latihan yang dijalankan selama empat hari itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media di Gua Tempurung, Gopeng.

Latihan yang diadakan itu melibatkan tiga fasa iaitu jalan lasak, penyelamatan dalam gua dan penyelamatan air.

Latihan pengoperasian tersebut turut melibatkan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor sebagai penjejak.