Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

JAKIM pergiat usaha tingkat prasarana pendidikan KAFA di Sabah

  • Published in Berita Semasa

SANDAKAN, 21 September - JAKIM akan mempergiat usaha sama meningkatkan prasarana pendidikan KAFA di Sabah dengan kerjasama pelbagai agensi di negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri berkata, ia termasuk menambah baik kedudukan dan prasarana Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) serta jumlah masa pengajaran di institusi tersebut.

Di daerah Sandakan, terdapat 60 buah premis KAFA melibatkan masjid, surau, sekolah kebangsaan dan kelas KAFA tulin.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Kecemerlangan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2019 Peringkat Daerah Sandakan.

Terdapat 2,322 orang guru KAFA di Sabah dan 130 guru KAFA berada di Sandakan.

Dalam majlis ini, 42 pelajar yang memperoleh keputusan 8A dalam UPKK menerima anugerah masing-masing.