Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

Pelan hala tuju agro industri Sabah bantu modenkan sektor pertanian

  • Published in Berita Semasa

KIMANIS, 21 September - Pihak Berkuasa Pembangunan dan Pelaburan Sabah (SEDIA) diminta menyediakan pelan hala tuju masa depan khusus untuk Kawasan Agro Industri Sabah (SAIP) Kimanis.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato Seri Mustapa Mohamed berkata, langkah itu penting bagi memastikan SAIP mampu membantu memodenkan sektor pertanian menerusi penggunaan teknologi sekali gus meningkatkan pendapatan golongan petani.

Sektor pertanian di negeri itu mampu berkembang maju jika diusahakan secara moden menggunakan kemudahan dan kelengkapan teknologi.

Beliau mengadakan lawatan ke SAIP, Kimanis.

SAIP mula dibangunkan secara berperingkat bermula November 2010 hingga November tahun lalu dengan peruntukan RM105 juta.

Ia melibatkan perkhidmatan pemprosesan dan kajian sampel produk pertanian.

Turut dibangunkan kawasan pertanian moden untuk disewakan kepada petani yang tidak mempunyai kawasan pertanian berskala besar.