Saturday, 24 October 2020

updated 12:04 PM UTC, Oct 24, 2020

COVID-19: Kluster Ara, kluster baharu dikesan di Pulau Pinang

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 20 September- Kluster Ara dikesan di Pulau Pinang, melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 44 tahun iaitu kes ke 10,024. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, lelaki berkenaan dikesan positif COVID-19 melalui saringan di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) Sandakan, Sabah pada 15 September lalu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, saringan kontak rapat telah dijalankan dan satu lagi kes positif COVID-19 telah dikenal pasti.

Jelas beliau, sehingga pukul 12.00 tengahari tadi, seramai 16 individu telah disaring, dua didapati positif, manakala 14 lagi negatif.

Sementara itu, 52 kes baharu dilaporkan hari ini, dengan 40 daripadanya merupakan kes penularan tempatan.

Ia menjadikan jumlah kes positif COVID-19 dalam negara adalah sebanyak 10,219.

Kes tempatan baharu tertinggi direkodkan di Sabah dengan 36 kes, termasuk 27 dari Kluster Benteng Lahad Datu.