Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Kejayaan negara berpaksi prinsip Rukun Negara - Raja Muda Perlis

  • Published in Berita Semasa

ARAU, 16 September - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil menitahkan ucapan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada seluruh rakyat.

Baginda bertitah, nikmat keselamatan, perpaduan dan kestabilan serta pelbagai kejayaan dikecapi negara berpaksikan prinsip Rukun Negara yang perlu dipertahankan, dibanggakan serta diambil berat oleh semua.

Baginda dan Raja Puan Muda turut menitahkan penghormatan di atas segala pengorbanan yang dicurahkan perajurit negara.

Baginda mengucapkan Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera Malaysia Yang Ke 87 serta Hari Ulang tahun Ke 57 Rejimen Renjer DiRaja yang turut disambut pada 16 September setiap tahun. 

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah selepas berkenan berangkat menerima ‘Taklimat Kali Kedua Berkaitan Pelaksanaan Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) Siri ke 32/2020’ yang diadakan di Bilik Mesyuarat Galeri DiRaja Arau.

Taklimat disampaikan Timbalan Komander Rejimen 504 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Mohamad Zaidi Ishak. 

SKAW Siri 32/2020 akan datang bakal diadakan di negeri Perlis dari 6 hingga 8 November depan dianjurkan oleh Rejimen 504 Askar Wataniah dan dikoordinasikan oleh Markas Tentera Darat Bahagian Pasukan Simpanan bersama Kerajaan Negeri.