Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Pengawal keselamatan maut dihempap pokok ketika hujan lebat dan ribut

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 16 September - Seorang pengawal keselamatan warga asing maut dihempap sebatang pokok di Taman Pelangi Indah, kira-kira 3.44 pagi tadi.

Mangsa, Amir Muhammad, 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor menyebut, kejadian berlaku ketika hujan lebat dan ribut.

Ketika kejadian, mangsa berada di dalam pondok pengawal.