Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

90 pesara polis sertai acara sempena Hari Malaysia

  • Published in Berita Semasa

PONTIAN, 16 September - Persatuan Pesara Polis Negeri Johor menganjurkan program Jelajah Merdeka 'Funwalk' Penghujung Selatan Benua di Taman Negara Tanjung Piai, Pontian.

Program disertai kira-kira 90 pesara polis bagi menyemarakkan semangat sambutan Hari Malaysia tahun ini.

Pelepasan kira-kira 10.00 pagi tadi melibatkan perjalanan sejauh 2 kilometer di trek laluan sekitar taman negara.

Program turut disertai Shamsuddin Osman, individu yang terlibat dalam menurunkan bendera Union Jack dan menaikkan bendera Malaysia di Padang Bandar Pontian, pada 31 Ogos 1957.