Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Kempen PRU DUN Sabah ke-16: Turun padang, guna platform media sosial sebaiknya

  • Published in Berita Semasa

BONGAWAN, 16 September - Semua calon yang mewakili Barisan Nasional dan parti gabungan diharap dapat memberi perhatian serius kepada isu berkaitan generasi muda bagi memastikan kemenangan dalam PRU DUN Sabah Ke-16.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah pengundi muda bagi pilihanraya kali ini telah bertambah.

Selain kempen turun padang, platform media sosial ujarnya juga perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendekati kelompok tersebut.

Beliau memaklumkannya selepas Program  Santai bersama Pemimpin Pergerakan Pemuda UMNO Parlimen Kimanis di Bongawan.