Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Banjir Perak: 1 lagi PPS dibuka

  • Published in Berita Semasa

KAMPAR, 16 September - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka petang semalam di Daerah Kampar, Perak menjadikan jumlah keseluruhan PPS sebanyak tiga buah.

PPS tersebut dibuka di Dewan Dato' Azman Mahalan Kuala Dipang menempatkan 10 keluarga dari Kampung Jeram.

Menurut jurucakap Angkatan Pertahanan Awan Negeri, jumlah keseluruhan penduduk terjejas berikutan banjir di Perak, seramai 127 orang melibatkan 50 buah keluarga.

Sebelum ini dua PPS dibuka di Bagan Serai iaitu di PPS SK Parit Haji Aman dan PPS SK Alor Pongsu.

PPS itu menempatkan seramai 94 orang daripada 44 keluarga.