Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

Veveonah bertemu Perdana Menteri

  • Published in Berita Semasa

SABAH, 13 September - Seorang individu yang rendah hati dan luar biasa.

Itu gambaran Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Veveonah Mosibin terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Veveonah dijemput untuk makan malam bersama pemimpin nombor satu negara, semalam.

Pelajar berusia 18 tahun itu hari ini berkongsi gambar beliau berswafoto bersama Perdana Menteri di akaun Instagramnya.

Menurut Veveonah, jemputan makam malam itu satu penghormatan buat beliau dan ibu bapanya.

Khamis lalu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, mengadakan pertemuan bersama Veveonah, yang tular pada Jun lepas kerana memanjat pokok untuk mendapatkan capaian internet di pedalaman Sabah.

Menerusi laman twitternya, Khairy berkata beliau mewakili kerajaan turut memohon maaf kepada Veveonah dan ibu bapanya, atas kesulitan yang dilaluinya baru-baru ini.