Thursday, 24 September 2020

updated 2:00 PM UTC, Sep 24, 2020

50 kanak-kanak sertai konvoi berbasikal sempena Hari Malaysia

  • Published in Berita Semasa


GEORGE TOWN, 12 September- 
Kira-kira 50 kanak-kanak mengambil bahagian dalam kayuhan basikal sejauh 3 kilometer di Jalan Maklom, George Town, Pulau Pinang.

Kayuhan menunjukkan semangat cintakan negara dalam menyambut Hari Malaysia.

Program turut dimeriahkan dengan kehadiran hampir 200 penduduk di kawasan terbabit.

Program yang dianjurkan Jabatan Penerangan Timur Laut dengan Persatuan Penduduk tersebut turut disertai agensi keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia, Bomba, dan Bomba Sukarela.

Majlis Pelepasan Konvoi Basikal disempurnakan oleh Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Yusoff Latiff.