Thursday, 21 January 2021

updated 4:29 AM UTC, Jan 21, 2021

Jenazah enam bersaudara selamat dikebumikan

  • Published in Berita Semasa

SERDANG, 12 Ogos - Jenazah enam bersaudara yang maut dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 5, Jalan Keramat Pulai, Simpang Pulai, Perak petang semalam, selamat dikebumikan, lewat petang tadi.

Suasana pilu menyelubungi majlis pengkebumian di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badlishah, Mukim Terap, Serdang, Kedah.

Bagaimanapun jenazah seorang lagi mangsa dibawa ke Hospital Kulim atas sebab yang belum dapat dipastikan lagi.

Siasatan awal polis mendapati kenderaan yang mereka naiki terbabas dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori.

Kemalangan menyebabkan pemandu, Mohd Zairul; isterinya Nuratiqah Abd Hamid, 30 tahun, anak perempuan mereka Nur Qaseh Damia, 4 tahun, serta ibu Mohd Zairul, Fatimah Mat Isa, 68 tahun maut ditempat kejadian.

Turut maut, sepupu Mohd Zairul iaitu Zulkifli Shuib, 49 tahun; isterinya Hasliza Mahmud, 40 tahun serta tiga anak mereka.

Turut cedera ialah seorang lagi anak Mohd Zairul, Haziq Zikri, 9 tahun, yang mengalami patah tangan kanan.