Tuesday, 22 September 2020

updated 11:31 AM UTC, Sep 22, 2020

Kelantan kemuka permohonan Rantau Panjang sebagai jajahan baharu

  • Published in Berita Semasa

 

KOTA BHARU, 12 Ogos - Kerajaan Kelantan akan mengemukakan permohonan untuk menjadikan Rantau Panjang sebagai jajahan baharu, dalam usaha menaik taraf kawasan itu, sekali gus mampu menarik kedatangan pelancong.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, permohonan sama telah di kemukakan sebelum ini, namun ianya ditolak.

Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Adun Pasir Tumboh, Abd Rahman Yunus pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Beliau berkata, sudah memadai sekiranya Rantau Panjang diwartakan sebagai jajahan kecil sama seperti Lojing di Gua Musang.

Pada masa sama, Datuk Mohd Amar turut meminta peniaga di Rantau Panjang supaya mempelbagaikan jenis barangan yang dijual bagi menarik lebih ramai pelancong.

Sementara itu, kerajaan negeri juga akan merujuk kepada Kerajaan Pusat terhadap cadangan untuk menaik taraf Jambatan Muhibah antara Bukit Bunga (Jeli) - Buketa (Thailand) yang siap di bina sekitar tahun 2007.

Terdahulu, Adun Bukit Bunga, Datuk Mohd Adhan Kechik ketika mengemukakan cadangan itu, mendakwa jambatan itu tidak mampu menampung bebanan yang terlalu berat.