Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

KKMM tambah 1 juta unit dekoder My Freeview untuk kegunaan penduduk luar bandar

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Kementerian Komunikasi dan Multimedia memohon tambahan 1 juta unit lagi dekoder My Freeview bagi memberi perkhidmatan percuma kepada rakyat, khususnya di luar bandar.

Timbalan Menteri, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata langkah berkenaan di buat susulan permintaan tinggi terhadap perkhidmatan berkenaan.

Mengulas lanjut perkembangan itu juga berdasarkan peratusan "Service Level Availability" (SLA) siaran TV digital MyFreeview di seluruh negara adalah sebanyak 99.96% bagi tempoh November 2019 sehingga Januari tahun ini.

Ia menunjukkan tempoh gangguan siaran yang dihadapi penonton secara purata adalah rendah.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh.

Mengulas lanjut, SLA ditawarkan MYTV kepada Penyedia Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) bagi memantau kualiti perkhidmatan siaran TV digital yang berada di platform MYTV