Sunday, 27 September 2020

updated 11:57 PM UTC, Sep 27, 2020

Kerusi keselamatan kanak-kanak CRS masih dilaksana secara advokasi sehingga hujung tahun ini

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 12 Ogos - Penguatkuasaan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) masih dilaksana secara advokasi sehingga hujung tahun ini. 


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, untuk itu juga, tiada sebarang saman dikenakan kepada ibu bapa yang tidak memasang CRS di kenderaan persendirian.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris .

Mengulas lanjut, Datuk Seri Dr. Wee telah mengarahkan MIROS mengadakan perbincangan terperinci dengan persatuan pengeluar dan penjual kenderaan dan pembuat dan pengimport CRS.

Langkah berkenaan sebagai usaha mengurangkan kos jualan CRS.

Beliau turut memaklumkan, sejak peraturan pemasangan CRS dikuatkuasa pada 1 Januari tahun ini, kadar kesedaran ibu bapa terhadap pemasangan CRS meningkat kepada enam peratus, menjadikannya sebanyak 44%, berbanding tahun lalu 38%.

Ini berikutan kajian menunjukkan kanak-kanak berumur dua hingga lima tahun yang menggunakan tali pinggang keselamatan dewasa mempunyai risiko lebih tiga kali ganda untuk mengalami kecedaraan serius dan lebih empat kali ganda mengalami kecederaan kepala serius, berbanding kanak-kanak yang menggunakan CRS.