Tuesday, 22 September 2020

updated 9:44 AM UTC, Sep 22, 2020

4 Penguatkuasa MBSA direman 7 hari, disyaki lindungi premis haram dan terima rasuah

  • Published in Berita Semasa

PUTRAJAYA, 12 Ogos - 4 anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Cawangan Sungai Buloh dan seorang peniaga direman 7 hari bermula hari ini sehingga 18 ogos depan bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan operasi perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh.

Perintah reman itu dikeluarkan majistret Shah Wira Abdul Halim selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek berusia antara 41 hingga 49 tahun itu tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 8.30 pagi tadi dengan diiringi pegawai SPRM.

Kes disiasat dibawah seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Terdahulu, mereka ditahan dalam satu operasi khas di ibu pejabat SPRM Putrajaya, semalam ketika dipanggil untuk memberi keterangan.

Anggota penguat kuasa MBSA itu disyaki melindungi premis perniagaan tanpa lesen di Sungai Buloh dengan mengutip dan menerima rasuah secara bulanan.

Mereka dipercayai menerima rasuah antara RM300 ke RM3,500 ringgit sebulan bagi sebuah premis perniagaan.

Ini termasuk premis-premis yang menjalankan perniagaan kedai makan tanpa lesen, penjualan rokok, gerai-gerai yang menjalankan perniagaan di tempat-tempat yang tidak dibenarkan dan premis perjudian.

SPRM juga menahan seorang peniaga rokok seludup berbangsa Aceh seperti yang diceritakan dalam video yang tular di media sosial.

Kesemua tangkapan itu dibuat susulan pendedahan dua klip video yang tular di media sosial yang mendakwa pihak berkuasa gagal dalam memantau dan menguatkuasakan undang-undang sekitar kawasan Sungai Buloh.