Tuesday, 22 September 2020

updated 11:54 AM UTC, Sep 22, 2020

6 pelajar cedera, siling sekolah runtuh akibat ribut

  • Published in Berita Semasa

MALIM, 11 Ogos - Enam pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Malim, Melaka cedera dihempap siling sekolah yang runtuh akibat ribut, manakala 22 pelajar lain trauma.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, memaklumkan, menerima laporan berkaitan kejadian, kira-kira pukul 10.17 pagi.

Sebaik pasukan bomba dan penyelamat tiba di lokasi, didapati enam pelajar dihempap siling sekolah.

Kesemua pelajar yang cedera ringan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, 22 pelajar lagi yang mengalami trauma di kumpulkan di Dewan sekolah bagi mendapatkan rawatan.