Tuesday, 22 September 2020

updated 11:06 AM UTC, Sep 22, 2020

Semua TASKA, TABIKA dan KEMAS di empat daerah negeri Kedah selesai disanitasi

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 11 Ogos - Proses pembersihan dan nyah kuman telah dilaksana secara menyeluruh di semua premis Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kedah.

Proses tersebut bermula di Kubang Pasu, Padang Terap, Alor Setar dan Kulim/BandarBaharu.

Pengarah KEMAS Kedah, Noor Azman Abd Rahman berkata proses pembelajaran bagi Tabika dan Taska yang ditutup terus dijalankan.

Beliau ditemui di Alor Setar.

Setakat ini lebih 135 premis tabika dan taska ditutup akibat kluster PUI Sivagangga.

Selain di Kubang Pasu, premis di Padang Terap, Alor setar dan Kulim/Bandar Baharu turut ditutup.