Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

Sultan Johor beri amaran kepada peniaga yang menjual daging eksotik

  • Published in Berita Semasa

JOHOR BAHRU, 11 Ogos - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran kepada pemilik restoran di negeri itu supaya menghentikan penjualan daging haiwan eksotik.

Menerusi entri Facebook Baginda, Sultan Ibrahim bertitah, tindakan tegas akan diambil terhadap pihak yang masih berdegil dan meneruskan penjualan daging haiwan eksotik.

Sebelum ini, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menjalankan siasatan berhubung kegiatan pemburuan haram di Johor.

Titah baginda, pemburu haram tersebut juga disyaki menjual daging eksotik kepada restoran untuk dihidangkan sebagai menu.