Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Kuarantin Wajib: 7,364 individu pulang ke tanah air sejak 24 Julai

  • Published in Berita Semasa

MUAR, 8 Ogos - Sejak 24 Julai sehingga semalam, 7,364 individu yang pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.

Kesemua mereka ditempatkan di 30 hotel dan 5 Institut Latihan Awam (ILA) di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 20 individu telah dibawa ke hospital untuk rawatan kerana positif COVID-19.

Mengenai operasi sanitasi awam pula, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan 10 operasi meliputi 10 zon melibatkan lima buah negeri diadakan semalam.

Negeri yang terlibat adalah Sabah, Sarawak, Melaka, Perlis dan Negeri Sembilan.