Sunday, 27 September 2020

updated 2:45 PM UTC, Sep 27, 2020

COVID-19: Satu kes baharu di Sarawak

  • Published in Berita Semasa


KUCHING, 8 Ogos- 
Satu kes baharu positif COVID-19 direkodkan semalam di Kuching, Sarawak. 

Pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif sebanyak 679 kes di negeri itu.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata kes ke 679 ini merupakan seorang lelaki warga tempatan yang merupakan penuntut di Dar Al-Mustafa, Yaman.

Lelaki terbabit tiba di Sarawak pada 2 Ogos dan dikuarantin 14 hari di hotel.

Kes telah disaring di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 1 Ogos dan keputusan adalah negatif namun ujian calitan dilakukan pada 3 Ogos dan disahkan positif COVID-19 pada 6 Ogos lalu.

Pengesanan kontak dan siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini dikategorikan sebagai kes import dari luar negara.

JPBN juga mendedahkan 10 kluster di negeri ini, masih aktif.