Friday, 25 September 2020

updated 2:03 PM UTC, Sep 25, 2020

Terowong rahsia ditemui di Melaka

  • Published in Berita Semasa


BANDAR HILIR, 8 Ogos- 
Penemuan terowong rahsia di Melaka dijangka dapat memartabatkan Melaka sebagai negeri kaya sejarah di peringkat global.

Namun penemuannya masih dalam kajian.

Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Drs. Nasrudin Rahman berkata, beberapa pintu terowong telah ditemui, namun ia memerlukan kajian terperinci sebelum proses ekskavasi arkeologi dijalankan.

Pihaknya percaya, terowong itu telah wujud sejak zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka lagi.

"Hipotesis saya mengatakan terowong ini wujud sejak zaman Kesultanan Melaka."

"Ini kerana jika kita kaji dari sumber sejarah, terowong ini digunakan secara rahsia dalam sistem peperangan untuk keselamatan pihak tertentu."

Sebelum proses ekskavasi arkeologi dijalankan, aspek keselamatan antara yang perlu diberi perhatian bagi memastikan tiada bangunan yang terjejas akibat projek itu.

PERZIM akan bekerjasama dengan Jabatan Warisan Negara, Jabatan Muzium Negara dan Angkatan Tentera Malaysia untuk menjalankan kajian lanjut mengenai penemuan berkenaan seterusnya melakukan imbasan kewujudan terowong sebelum melakukan proses penggalian.