Logo

Op Terminal gempur 25 hentian bas utama


PORT DICKSON, 8 Ogos-
Seramai 10 daripada lebih 1,000 pemandu bas ekspres yang diperiksa didapati positif dadah jenis methamphetamine dan opiat.

Pengesanan menerusi Op Terminal ini dijalankan di seluruh negara sejak Julai lalu.

Operasi bersepadu antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tertumpu di 25 hentian bas utama.

Menurut Ketua Pengarah AADK, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, Op Terminal bertujuan memberi kesedaran bukan sahaja kepada pemandu malah pengusaha bas perlu memastikan tempat kerja bebas dadah.

"Ianya bahaya kerana mengundang masalah keselamatan."

"Kebanyakan mereka ini ingin mengejar perjalanan dan ada yang beranggapan bahawa dengan mengambil dadah, ianya boleh meningkatkan prestasi pemanduan."

Beliau memaklumkan demikian pada Program 'Go-Green' Kembara Back To Nature dan Kempen Kibar Jalur Gemilang Skuad Anti Dadah Negeri Sembilan di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson.

Program diadakan sebagai usaha untuk menerapkan amalan gaya hidup sihat serta semangat cintakan alam sekitar.

Skuad Anti Dadah dianggotai belia 40 tahun ke bawah yang kini telah mencatatkan 80,000 keahlian di seluruh negara.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.