Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

COVID-19: Bekalan beras negara mencukupi

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Bekalan beras negara di peringkat kilang, pemborong dan runcit adalah mencukupi, meski negara sedang berdepan krisis penularan COVID-19.

Purata bekalan beras negara ketika ini adalah sekitar 400,000 hingga 500,000 tan sebulan.

Jumlah itu melebihi keperluan bulanan negara iaitu 200,000 tan.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Padang Terap; Datuk Seri Mahdzir Khalid di Dewan Rakyat.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Ahmad berkata, kementeriannya melaksanakan langkah konstruktif bagi meningkatkan sekuriti makanan dalam negara ketika krisis pandemik serta bencana.

Ia termasuk merancakkan aktiviti pengeluaran makanan dan meningkatkan produktiviti dengan pemberian subsidi dan insentif input.