Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Import daging lembu dan kerbau turun 72%

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Import daging lembu, kerbau, kambing, bebiri, babi dan keratan ayam berkurang pada bulan April dan Mei lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, daging lembu dan kerbau mencatat penurunan paling ketara iaitu sebanyak 72% pada April, berbanding Mac.

Bagaimanapun jelas beliau, situasi tersebut tidak menjejaskan bekalan daging lembu dan kerbau kerana aktiviti sosial dan ekonomi dihadkan sepanjang tempoh berkenaan, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau menjawab pertanyaan ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Ahmad berkata, kementeriannya akan berusaha untuk terus mengurangkan kebergantungan kepada produk makanan import.

Justeru, para petani, penternak dan peladang tempatan akan diberi insentif untuk meningkatkan pengeluaran produk makanan tempatan.

Pada masa sama, memenuhi permintaan pengguna yang semakin meningkat susulan pembukaan semula aktiviti ekonomi dan sosial pasca PKP.