Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

Kerajaan cadang turunkan lagi paras harga siling pelitup muka

  • Published in Berita Semasa

KUALA LUMPUR, 6 Ogos - Kerajaan bercadang untuk menurunkan lagi paras harga siling pelitup muka tiga lapisan di bawah RM1.20 seunit.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi, cadangan penurunan harga itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Tambah beliau, kerajaan mengambil maklum balas daripada orang ramai mengenai kewajipan memakai pelitup separuh muka di kawasan sesak bermula 1 Ogos.

Jelas beliau, kerajaan sebelum ini telah menurunkan harga siling pelitup separuh muka daripada RM1.50 kepada RM1.20 yang akan berkuatkuasa bermula 15 Ogos.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong yang meminta kerajaan menyeragamkan dan menurunkan lagi harga siling pelitup separuh muka.