Monday, 21 September 2020

updated 1:27 PM UTC, Sep 21, 2020

KASA sasar bina 10,000 kilometer denai sungai di seluruh negara

  • Published in Berita Semasa

SHAH ALAM, 6 Ogos - Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyasarkan untuk membina 10,000 kilometer denai sungai di seluruh negara menjelang 2030.

Menerusi Projek Denai Sungai Nasional itu, pembinaan dilakukan secara berperingkat dengan 1,000 kilometer denai dijangka disiapkan dalam tempoh tiga tahun.

Menurut Ketua Setiausaha KASA Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang, projek dikelola Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu turut mendapat kerjasama Management and Science University (MSU).

Projek penting bagi memastikan ekosistem sungai terjamin tanpa membabitkan kos tinggi.

Beliau ditemui selepas selepas Majlis tanda tangan Memorandum Persefahaman antara JPS dan MSU di Shah Alam.

Projek perintis di Sungai Damansara itu merupakan sebahagaian daripada program tanggungjawab sosial korporat MSU.